Friday 21 December 2012

semua orang pun nak cantik kan?

hai semua.. terima kasih kepada housemate saya yang sudi share dengan saya tentang cara penjagaan diri.. sebelum ni saya dah pernah tahu beberapa produk untuk menghilangkan jerawat.. tapi kebanyakannya akan berkesan untuk waktu sementara je.. sebenarnya yang buat wajah dan tubuh kita tak bermaya adalah disebabkan oleh toksid yang tersimpan di dalam tubuh kita.. jadi, sebelum kita nak pakai macam-macam produk kecantikan luaran, sebaiknya kita bersihkan dalaman dahulu.. ada banyak supplement yang dipasarkan di Malaysia ni, tugas kita ialah memilih produk yang tepat dan sesuai dengan tubuh kita.. kena ingat, kebanyakan produk ada bahan kimia, kan tak elok tu.. tapi setelah saya jumpa produk yang saya pakai sekarang, saya rasa bertuah sangat.. paling tidak, saya sempat la memiliki kulit yang sihat bila tiba hari bahagia nanti..hihi.. produk yang saya pakai ni diperbuat dari bahan organik, namanya calcium-magnesium.. serius puas hati.. kesannya, senang nak 'membuang', senang bangun tidur, yang paling best jerawat mengecut dari hari ke hari.. kalau anda suka dan berminat nak tau tentang produk ni, emel saya di ziyana_saibi@yahoo.com oke?.. sharing is caring..

Sunday 9 December 2012

tak salah mencuba..

hai.. hm dah lama sangat menyepi, apa yang terjadi selama setahun ni biarlah rahsia.. tapi untuk entri pertama di 'musim kedua' ni (sebab dah lama sangat tak update) z nak share sikit tentang.. remaja..

alam remaja adalah satu fasa yang agak complicated. kita nak buat apa-apa perkara ikut suka hati kita je. kalau ada siapa-siapa yang halang, automatik (tanpa fikir panjang) kita akan melenting, memberontak atau mogok.

sebenarnya, di usia remaja ni kita kena selalu dengan dekat keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa kita. mereka adalah cikgu, konsultan dan juga kawan kita. masalah duit ke, cinta ke, kerja ke, belajar ke dan apa-apa lagi lah, semua mereka boleh tolong. paling tidak pun mereka boleh tolong bagi nasihat, itu yang penting.

tapi, kenapa kita (remaja terutamanya) tak boleh terima pendapat dan nasihat keluarga? betullah, nasihat tu kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi apa salahnya kita turuti untuk kemanisan yang mungkin untuk selama-lamanya.. InsyaAllah..

'alamak ai'...apa pasal 'terceramah' pulak ni.. entahlah.. tadi taip entri 'tak salah mencuba' tu sebab nak cerita tentang produk kecantikan tapi tetiba beralih arah pulak (fikiran melayang ke tempat lain). takpelah, mungkin ada hikmahnya.. Renung-renungkan, dan selamat beramal ya.. (pinjam kata-kata Prof Izzi- maklumlah nama pun macam sama, cuma belum dapat pangkat prof je..hihi)

oke..terima kasih..thank you..kerana sudi baca..sharing is caring, right?