Friday 21 December 2012

semua orang pun nak cantik kan?

hai semua.. terima kasih kepada housemate saya yang sudi share dengan saya tentang cara penjagaan diri.. sebelum ni saya dah pernah tahu beberapa produk untuk menghilangkan jerawat.. tapi kebanyakannya akan berkesan untuk waktu sementara je.. sebenarnya yang buat wajah dan tubuh kita tak bermaya adalah disebabkan oleh toksid yang tersimpan di dalam tubuh kita.. jadi, sebelum kita nak pakai macam-macam produk kecantikan luaran, sebaiknya kita bersihkan dalaman dahulu.. ada banyak supplement yang dipasarkan di Malaysia ni, tugas kita ialah memilih produk yang tepat dan sesuai dengan tubuh kita.. kena ingat, kebanyakan produk ada bahan kimia, kan tak elok tu.. tapi setelah saya jumpa produk yang saya pakai sekarang, saya rasa bertuah sangat.. paling tidak, saya sempat la memiliki kulit yang sihat bila tiba hari bahagia nanti..hihi.. produk yang saya pakai ni diperbuat dari bahan organik, namanya calcium-magnesium.. serius puas hati.. kesannya, senang nak 'membuang', senang bangun tidur, yang paling best jerawat mengecut dari hari ke hari.. kalau anda suka dan berminat nak tau tentang produk ni, emel saya di ziyana_saibi@yahoo.com oke?.. sharing is caring..

Sunday 9 December 2012

tak salah mencuba..

hai.. hm dah lama sangat menyepi, apa yang terjadi selama setahun ni biarlah rahsia.. tapi untuk entri pertama di 'musim kedua' ni (sebab dah lama sangat tak update) z nak share sikit tentang.. remaja..

alam remaja adalah satu fasa yang agak complicated. kita nak buat apa-apa perkara ikut suka hati kita je. kalau ada siapa-siapa yang halang, automatik (tanpa fikir panjang) kita akan melenting, memberontak atau mogok.

sebenarnya, di usia remaja ni kita kena selalu dengan dekat keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa kita. mereka adalah cikgu, konsultan dan juga kawan kita. masalah duit ke, cinta ke, kerja ke, belajar ke dan apa-apa lagi lah, semua mereka boleh tolong. paling tidak pun mereka boleh tolong bagi nasihat, itu yang penting.

tapi, kenapa kita (remaja terutamanya) tak boleh terima pendapat dan nasihat keluarga? betullah, nasihat tu kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi apa salahnya kita turuti untuk kemanisan yang mungkin untuk selama-lamanya.. InsyaAllah..

'alamak ai'...apa pasal 'terceramah' pulak ni.. entahlah.. tadi taip entri 'tak salah mencuba' tu sebab nak cerita tentang produk kecantikan tapi tetiba beralih arah pulak (fikiran melayang ke tempat lain). takpelah, mungkin ada hikmahnya.. Renung-renungkan, dan selamat beramal ya.. (pinjam kata-kata Prof Izzi- maklumlah nama pun macam sama, cuma belum dapat pangkat prof je..hihi)

oke..terima kasih..thank you..kerana sudi baca..sharing is caring, right?

Monday 12 December 2011

MERANTAU EXPERIENCE

Hai….! This is my first celoteh in my blog.

Emm z nak citer pengalaman merantau ke negeri orang lah…

Mesti ada antara korang yang pernah merantau and berada di perantauan, kan?

Sama la kiter….hehehe…

Z start duduk jauh dari family masa lepas SPM, tengah tunggu result keluar. So, z ngan bestfren z (nama di suzani @ aniey) join kursus komputer kat kuantan… hehehe takde la jauh no.., 45 minit je dari rumah tapi Z duduk rumah sewa ar….

Nak dijadikan ceriter, satu malam yang dingin (hehe dingin lah sangat), housemate masing-masing keluar ngedate taw…huhuhu z kat rumah sorang-sorang je…. Huhuhu Atut…. Hm ape lagi, selubung je la ngan selimut satu badan… hahaha… almaklumlah z ni penakut orangnye ye…

********

Lepas STPM z duduk rumah je, nak kerja part time tak boleh coz bapak and abang tak bagi…. Diorang tak percaya kat z, takut z terpengaruh ngan kawan-kawan kalo duduk kat bandar. . hm dengor je la nasihat diorang… so, z just join kursus-kursus yang 2-3 hari je contohnya kursus kahwen (hihi padahal masa tu jodoh pun belum ade).

********

Then, z study kat UiTM dihatiku… kat post akan datang z akan citer banyak tentang pengalaman kat UiTM ey…

********

Tiba la sudah masa untuk praktikal selepas 3 tahun berhempas pulas naik memulas z ngabeskan study.. z praktikal kat resort area pantai balok.. praktikal sambil berpiknik di tepi pantai lagi tu…hehehe.. sesiapa yang nak bercuti di tepi pantai tu boleh la ye pilih resort kat sini, hotel sejuk…pantai cantik…makanan sedap…game pun best…(siap promote lagi tu…boleh mintak komisen nih…hihi). ni z kira merantau jugak la kan sebab duduk hostel…em dari rumah dalam 1 jam 15 minit, lebih la sikit berbanding masa lepas SPM itu ari kan… tapi seminggu jugak la aku menangis tiap-tiap malam (hahaha kantoi!! Nampak sangat tak boleh berenggang ngan family) .. praktikal sorang-sorang, geng pun takde…mau tak nanges… sob…sob..sob.. nasib baikla kat resort tu tak bosan, kadang-kadang sengaja je balik lambat, malas nak balik hostel, bukan ade ape pun yang boleh z buat.. kalo dah tak tau sangat nak buat ape, hm jalan-jalan je la tepi pantai tu sorang-sorang..

********

Sebulan selepas paraktikal z dapat kerja kat resort jugak tapi dekat je ngan rumah, so, ulang-alik jela dari rumah ke tempat kerja. Tapi z tak lama pun kerja kat situ…then, z dapat kerja kat nogori sombilan.. merantau kembali…….hehehe..

********

Ha ni yang z paling nak share ngan korang…perjalanan z dari Pahang ke nogori sombilan ni ha… z naik bas dari bustop UMP ke KL.. tido rumah abang satu malam.. esok pagi-pagi z da berangkat ke mantin, N9 naik train dari stesen kg. dato’ harun.. boleh tahan la penatnye nak sampai kan ke mantin.. nak kena ke kl sentral dulu, tukar train….baru la sampai ke mantin tu ha… yang  ‘seronok’ nye tu, boleh pulak z terlajak stesen… mengantuk punya pasal… hm dah tak pasal-pasal z kena tunggu satu jam nak patah balik.. aduyai…  kalo ikutkan ade lagi perkara lain yang jadi tapi z pun da tak tau nak citer cam ne, dengan bau tahik kucin ntah passenger mana yang bawak bendaalah tu ntah la (hangen tol!!), dengan berdiri sepanjang dalam train, dengan beg yang kemain banyak macam nak pindah terus je…, hmm macam-macam lagi laa…. Itu la pengalaman z masa nak kerja kat mantin….

********

Sekarang…z kerja kat bangi.. hm merantau lagi….. kat sini oke la… nanges pun tiga malam je.. ngehehe… yang buat z oke coz ade kawan, ade rumah yang selesa, bos yang baik and….. dekat ngan BF… ngeh..

Ha setakat ni dulu ye… nanti bila z free z citer lagi pengalaman z yang tak berapa nak ade ni ye… k, tata….

Thursday 10 November 2011